Teknologi geospatial digunakan tentukan keberadaan mangsa bencana - Penganalisis
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sr. Dr. Shuib Rambat berkata teknologi spatial digunakan untuk menentukan kedudukan penduduk yang berada di kawasan dilanda bencana dan terputus hubungan. Jelasnya, langkah ini merupakan strategi untuk menyampaikan bantuan dengan lebih berkesan...
