Thailand pertimbang sekat eksport bahan api ke Kemboja
Tentera Thailand memaklumkan sedang mempertimbangkan langkah menyekat eksport bahan api ke Kemboja susulan pertempuran antara kedua-dua negara yang merebak ke kawasan pesisir sempadan yang dipertikaikan, meskipun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebelum ini menyatakan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan satu gencatan senjata baharu.
