Wanita OKU rentung, tujuh rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Semporna
Seorang wanita OKU penglihatan, Munairaya binti Baluan, 58 tahun, maut selepas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah setinggan di Kampung Perigi, Semporna. Bomba menerima panggilan pada jam 11.12 pagi dan api berjaya dikawal sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.05 petang. Punca kebakaran masih disiasat.
