Mon Dec 16 2024
Sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM30 bilion menjelang 2027 - PM
Dalam sidang media Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan tentang kemajuan dalam pembangunan infrasturuktur rentas sempadan dan penambaikkan penjajaran jalan raya melibatkan kerjasama antara Malaysia dan Thailand. Kerjasama ini juga mempertingkatkan pengurusan air dan mitigasi banjir khususnya di kawasan Sungai Kelantan, Sungai Kolok dan kawasan sekitar utara Malaysia serta selatan Thailand. Ujarnya, pertemuan ini juga memperkukuhkan perdagangan intra Asia, menggalakkan pelaburan dan menetapkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM30 bilion menjelang 2027. #AWANInews
Pantau Agenda Reformasi: Kertas putih remaja, teknologi dan kepercayaan
Ikuti ulasan Penganalisis Politik & Media Sosial, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Shah Alam, Prof. Madya Dr. Sara Chinnasamy mengenai Kertas Putih Teens, Tech and Trust: Navigating Social Media in Malaysia yang dilancarkan oleh Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (SERI).
Itali - China: Keterbukaan pasaran cipta situasi sama menang - Mattarella
Sergio Mattarella berkata, setiap mesej yang menggalakkan dialog politik serta kerjasama ekonomi dan perdagangan merupakan pendekatan ke arah kedamaian.
Usahawan India: KUSKOP lulus pembiayaan RM204.5 juta sehingga Nov ‘24
Seramai 1,877 usahawan atau 20 peratus telah disenaraikan kepada agensi pelaporan kredit akibat kegagalan membayar semula pembiayaan kepada Tekun Nasional.
KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir
Bantuan itu adalah untuk kerosakan dan kemusnahan kawasan tanaman berkeluasan 12,800 hektar berdasarkan data yang dikumpulkan setakat Oktober lepas.
Pengerang Energy Complex peroleh AS3.5 bilion
Pengerang Energy Complex Sdn Bhd (PEC) berjaya mencapai persetujuan dengan agensi kredit eksport (ECA) dari Amerika Utara, Eropah Barat dan Selatan, serta Asia di samping Islamic Development Bank mengenai terma pembiayaan bagi pembiayaan projek berjumlah 3.5 bilion dolar Amerika.
Sidang Kemuncak Malaysia-China dapat sokongan penaja, rakan kongsi
Reezal Merican berkata, penaja dan rakan kongsi strategik memainkan peranan penting dalam meletakkan sidang kemuncak itu sebagai platform utama untuk kerjasama antarabangsa.
Ekonomi: IMF puji Malaysia, gesa tindakan perkukuh daya tahan
IMF turut menekankan keperluan untuk mempercepatkan pembaharuan ini bagi mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan, dalam menghadapi ketidaktentuan global.
VAT: Indonesia umum pakej dasar ekonomi, kurangkan kesan kenaikan
Kerajaan akan meningkatkan VAT kepada 12 peratus daripada 11 peratus semasa pada Januari 2025, terpakai kepada barangan dan perkhidmatan tertentu, termasuk beras berkualiti premium, daging dan ikan, serta sekolah antarabangsa dan hospital terpilih.
Peminat pamer semangat luar biasa di pentas akhir MLBB M6 2024
Team Liquid Indonesia (TLID) bertemu dengan pasukan Fnatic ONIC Filipina (FNOP) di pentas akhir Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 pada Ahad.
Rakyat Malaysia rugi RM1.2 bilon tempoh 10 bulan
Teo berkata, sejumlah 274 siaran tajaan di Facebook yang menyamar sebagai ejen Jabatan Peguam Negara (AGC) telah dialih keluar dalam tempoh seminggu.
Kertas Putih: Tawar cadangan imbangi risiko, manfaat media sosial
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara aktif bekerjasama dengan penyedia platform untuk mengalih keluar sejumlah 255,745 kandungan berbahaya tahun ini.
MAVCOM-PERKESO meterai mou lindungi kebajikan pekerja dalam industri penerbangan
MoU itu bagi melindungi pekerja dalam industri penerbangan daripada majikan yang gagal membayar caruman PERKESO serta memadankan mereka dengan peluang pekerjaan
Banijr: KPM laksanakan PDPR
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan melaksanakan kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) untuk memastikan tiada murid yang tercicir akibat bencana banjir.
Pesalah khalwat berulang pertama disebat luar penjara
Seorang tukang rumah bakal disebat di luar penjara pada 27 Disember ini, sekaligus menjadi individu pertama di Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang.
Sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM30 bilion menjelang 2027 - PM
Dalam sidang media Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan tentang kemajuan dalam pembangunan infrasturuktur rentas sempadan dan penambaikkan penjajaran jalan raya melibatkan kerjasama antara Malaysia dan Thailand. Kerjasama ini juga mempertingkatkan pengurusan air dan mitigasi banjir khususnya di kawasan Sungai Kelantan, Sungai Kolok dan kawasan sekitar utara Malaysia serta selatan Thailand. Ujarnya, pertemuan ini juga memperkukuhkan perdagangan intra Asia, menggalakkan pelaburan dan menetapkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM30 bilion menjelang 2027. #AWANInews