2025 tahun ketiga terpanas dalam rekod
Pada 2025, purata suhu global berada pada 14.97 darjah Celsius, iaitu 0.13 darjah Celsius lebih rendah daripada tahun 2024 (tahun paling panas dalam rekod), dan hanya 0.01 darjah Celsius lebih rendah berbanding 2023, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU) dalam satu laporan.
