31 maut serangan bom bunuh diri di Islamabad
Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh manakala lebih 170 lagi cedera selepas seorang penyerang melepaskan tembakan di pintu masuk sebuah masjid Syiah sebelum meletupkan bom diri di ibu negara Pakistan, semalam, dalam serangan paling dahsyat di Islamabad sejak lebih sedekad lalu.
