TikTok langgar peraturan, ada fungsi ketagihan - EU
TikTok didakwa melanggar peraturan kandungan dalam talian Kesatuan Eropah (EU) semalam selepas pengawal selia blok itu menegaskan ciri-ciri aplikasi berkenaan bersifat ketagihan, dan memberi amaran bahawa syarikat itu boleh berdepan denda sehingga 6 peratus daripada hasil global pemiliknya, ByteDance, jika gagal membuat perubahan.
