Trafik lebuh raya dijangka meningkat semasa CNY, awal Ramadan
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan ketara jumlah trafik di beberapa lebuh raya utama, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bersambung dengan permulaan bulan Ramadan.
