Mon Dec 16 2024
AWANI Ringkas: Arahan sebelum 31 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banijr: KPM laksanakan PDPR
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan melaksanakan kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) untuk memastikan tiada murid yang tercicir akibat bencana banjir.
Pesalah khalwat berulang pertama disebat luar penjara
Seorang tukang rumah bakal disebat di luar penjara pada 27 Disember ini, sekaligus menjadi individu pertama di Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang.
Sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM30 bilion menjelang 2027 - PM
Dalam sidang media Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan tentang kemajuan dalam pembangunan infrasturuktur rentas sempadan dan penambaikkan penjajaran jalan raya melibatkan kerjasama antara Malaysia dan Thailand. Kerjasama ini juga mempertingkatkan pengurusan air dan mitigasi banjir khususnya di kawasan Sungai Kelantan, Sungai Kolok dan kawasan sekitar utara Malaysia serta selatan Thailand. Ujarnya, pertemuan ini juga memperkukuhkan perdagangan intra Asia, menggalakkan pelaburan dan menetapkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM30 bilion menjelang 2027. #AWANInews
Indonesia bebaskan lima rakyat Australia ahli ‘Bali Nine’
Lima rakyat Australia terakhir daripada kumpulan terkenal penyeludup heroin, “Bali Nine”, telah pulang ke tanah air selepas Canberra mencapai perjanjian dengan Indonesia untuk menamatkan hukuman penjara selama dua dekad di luar negara.
Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN.
Labuh tirai parti tontonan 2024 dengan kemeriahan di dua lokasi serentak
Astro BizOne menutup tirai siri parti tontonan tahun ini dengan membawakan dua siaran bola sepak secara langsung di dua lokasi di Lembah Kelang secara serentak.
Enggan lafaz cerai, mahkamah perintah lantik JKP
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.
Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid Kamil Zahari enggan melafaz cerai terhadap isterinya itu pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka pada Isnin.
Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid Kamil Zahari enggan melafaz cerai terhadap isterinya itu pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka pada Isnin.
Pemandu kereta terbakar, ditahan disyaki langgar motosikal
Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mercedes ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian kemalangan di SPE di Kuala Lumpur pada Ahad.
Muhyiddin perlu bayar RM400,000 kepada Lim Guan Eng sebelum 31 Disember
Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Lim Guan Eng berkata Hakim Roz Mawar Rozain turut mengarahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar baki RM1.02 juta sebelum atau pada 27 Januari tahun depan.
AWANI Ringkas: Arahan sebelum 31 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hujan berterusan waspada di 4 negeri bermula Isnin hingga Khamis
Walaupun banjir mula pulih di beberapa negeri Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada di empat negeri mulai hari ini hingga Khamis ini.
Selesaikan isu sempadan, galakkan ekonomi berteraskan rakyat - Shinawatra
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berkata menyelesaikan isu-isu sempadan Malaysia-Thailand penting bagi menggalakkan aktiviti sesama rakyat di sempadan.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
[TERKINI] Peter Cklamovski dilantik jurulatih baharu bermula 1 Januari
Bekas Pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski dilantik jurulatih Harimau Malaya yang baharu berkuat kuasa 1 Januari depan.
Arab Saudi masih belum beri jawapan mengenai tambahan kuota haji
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman maklumkan, kerajaan Arab Saudi masih belum memberikan jawapan mengenai tambahan kuota haji untuk jemaah negara ini bagi musim haji 1446H/2025M.