Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Oktober 2025.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 7 Oktober 2025.
Aktivis Sweden, Greta Thunberg tampil bersuara buat kali pertama pada Isnin selepas dibebaskan daripada tahanan Israel, ketika beliau dilaporkan dipukul dan dipaksa mencium bendera Israel.
Sejak pengeboman bermula pada 7 Okt 2023, rejim Israel telah melancarkan serangan udara tanpa henti, pencerobohan darat dan sekatan sepenuhnya ke atas Gaza.
Rundingan ini menjadi antara yang paling penting sejak perang bermula dan boleh menentukan sama ada laluan ke arah penamatan konflik akhirnya tercapai.
"Saya rasa kita berada di landasan yang baik dan saya fikir Hamas telah bersetuju terhadap perkara yang sangat penting."
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Huwaida Arraf, enjin dihidupkan semula sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan.
Putin menegaskan pendirian konsisten Rusia yang menyokong penyelesaian menyeluruh terhadap isu Palestin berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf.
Perbualan itu tertumpu kepada usaha memulihkan hubungan dua hala yang kebelakangan ini semakin tegang.
Venezuela mengumumkan bahawa pihaknya berjaya menggagalkan cubaan serangan terhadap Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Caracas.
Harga minyak mentah kekal meningkat untuk hari kedua berturut-turut selepas pengeluar utama dalam kumpulan OPEC mengumumkan peningkatan pengeluaran bagi November yang lebih kecil daripada...
Angka kematian akibat runtuhan bangunan di Sekolah Pondok Al Khoziny, Sidoarjo, Jawa Timur meningkat kepada 61 orang.
Must-Watch Video
Stay updated with our news


