Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Angka kematian akibat banjir di Pakistan mencecah lebih 1,200. Pada Jumaat, penduduk di wilayah Sindh diberi amaran supaya berpindah sebelum air deras mengalir dari Sungai Indus dijangka membadai wilayah itu minggu ini.
Kerajaan Australia pada Jumaat mengumumkan jumlah kemasukan imigresen tetap ke negara itu meningkat sebanyak 35,000 kepada 195,000 dalam usaha untuk menangani isu kekurangan pekerja.
Seorang lelaki ditahan pada Khamis selepas mengacukan pistol ke arah Naib Presiden Argentina, Cristina Fernandez. Ketika insiden itu, Fernandez dikelilingi penyokong di luar rumahnya di ibu negara.
4. Remaja disimbah asid gara-gara tolak cinta rakan sekelas
Memetik kenyataan ibu mangsa, anak perempuannya dan suspek merupakan rakan sekelas di sebuah pusat tuisyen di wilayah Jharkhand Chatra.
CDC dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan.
Pakar nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB sudah menjalankan pemeriksaan pertama ke atas loji nuklear Zaporizzhia di Ukraine. Menurut Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Rafael Grossi, mereka juga akan mengekalkan kehadiran di loji berkenaan.
Agensi Perubatan Eropah, EMA, menyokong penggunaan vaksin COVID-19 Novavax sebagai dos penggalak untuk individu dewasa. Vaksin Nuvaxovic, dihasilkan untuk mengekang varian asal virus yang dikesan kali pertama di China.
Sejak hukuman mati mandatori diperkenalkan, terdapat pengurangan kira-kira 66 peratus penyeludupan dadah jenis opium ke Singapura.
Gloria Estefan menerima hadiah istimewa daripada Mattel sempena hari lahirnya yang ke-65 iaitu patung barbienya sendiri. Patung Barbie Gloria Estefan dikeluarkan bersempena bulan warisan hispanik yang diilhamkan oleh video muzik "Get on Your Feet" dari tahun 1989.
Kejohanan itu tidak dapat dianjurkan tahun ini kerana sekatan perjalanan dan kemasukan ke wilayah itu serta langkah-langkah pencegahan kesihatan yang sedang dilaksanakan.
Must-Watch Video
Stay updated with our news

